Program Pendidikan Genius Solihin
Genius Solihin Fokus Pembelajaran Menyeluruh Dalam Akademik dan Islamik
Setiap anak belajar pada kadar yang berbeza. Genius Solihin menyediakan program English Islamic yang membantu anak berkembang dari segi akademik, iman, akhlak, kreativiti dan keyakinan diri.
Pembelajaran yang membina minda, hati dan diri.
Kandungan program menggabungkan akademik, pendidikan Islam dan perkembangan diri secara seimbang.
Akademik & Bahasa
-
Literasi
Membina kemahiran membaca dan menulis secara berperingkat. -
Numerasi
Mengenali nombor, mengira dan menyelesaikan masalah asas. -
Bahasa
Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan asas Bahasa Arab. -
Sains & Eksplorasi
Belajar melalui pemerhatian, aktiviti dan pengalaman praktikal.
Islam, Akhlak & Diri
-
Iman & ibadah
Doa harian, Iqra’, Jawi dan solat berjemaah. -
Akhlak
Adab, hormat-menghormati dan amalan baik dalam kehidupan harian. -
Kreativiti
Seni, kraf, muzik dan aktiviti yang menggalakkan imaginasi. -
Kemandirian
Membina fokus, komunikasi, keyakinan dan kemahiran mengurus diri.
Aktiviti Harian di Genius Solihin
Subjek yang ditawarkan :
Pelajaran komprehensif dengan penggabungan subjek akademik dan acara/aktiviti pendidikan. Modul adalah berasaskan keseronokan dan holistik. Mematuhi Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Direka untuk membolehkan peralihan anak anda ke dalam pendidikan formal dengan lancar selepas tamat pengajian dari Genius Solihin.
- Genius English
- Genius Bahasa Melayu
- Genius Maths
- Islamic Genius
- Arabic Genius
- Talaqqi Genius
- Genius Jawi
- Genius Motorskills
- Genius Sports
- Practical Solah
- Science & Crafts
- Genius Furqan & Al Quran
Anak Anda Pasti Seronok Dengan Aktiviti Yang Diaturkan
Boleh Membaca Cepat
Mereka akan diajar membaca mengunakan teknik yang paling cepat supaya mereka bijak.
Teori & Praktikal Solat
Mereka bukan setakat diajar secara teori malah mereka akan mempraktikan solat dengan baik.
Menunggang Kuda
Membiasakan mereka dengan perkara baru dan mencintai haiwan disamping mengatasi masalah takut.
Teknik Pengiraan Genius
Mereka akan dilatih agar pandai mengira dan selesaikan masalah matematik mudah.
Seni Bela Diri
Bukan setakat belajar, mereka juga akan dilatih untuk belajar seni bela diri menjadikan mereka lebih berani.
Pendidikan Seni
Mempraktikkan mereka dengan pendidik seni untuk mengembangkan lagi potensi mereka.






















Fasiliti dan Organisasi
Kami menyediakan fasiliti yang lengkap dan selesa untuk anak-anak anda. Kami sentiasa memastikan persekitaran Tadika sentiasa dalam keadaan bersih dan baik. Malah kami telah bersedia dengan alternatif untuk anak anda jika berlaku perintah PKP supaya masih boleh belajar walaupun berada di rumah.
Tadika Islamik Akademik
Tadika Islamik Akademik pilihan ibubapa. Genius Solihin yang mula ditubuhkan secara rasmi pada 2017, menyerapkan pendidikan berteraskan Islamik dengan mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Teknik LUAR BIASA
Genius Solihin mempunyai teknik LUAR BIASA yang memaksimumkan potensi anak-anak dari setiap sudut.
Percaya, tiada anak yang lemah, Genius Solihin pasti akan mencari kelebihan anak tersebut dan mengeluarkan potensi dan kelebihan anak-anak supaya kelemahan diri tersorok.
Tamat sahaja 6 tahun di Genius Solihin, dengan izin Allah, anak anda pasti boleh mengenal huruf dan membaca buku cerita, sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kuasai kedua-duanya. Mengenal huruf hijaiyyah dan boleh membaca ayat-ayat Al Quran selepas tamatnya Al Furqan.
Pembelajaran Menyeronokkan
Teknik yang menarik dan tidak membosankan, menarik minat anak anda untuk mempelajari teknik mengira dengan pantas dan mencongak.
Aktiviti-aktiviti dalaman dan luaran seperti Hari Membaca, Parenting Day, Sambutan Hari Jadi, Rumah Terbuka Hari Raya, Sambutan Kemerdekaan, Lawatan Sambil Belajar, Perjumpaan bersama Ibubapa, Sukaneka Tahunan, Haji Cilik, Majlis Apresiasi dan banyak lagi!
Bilik Kelas Yang Selesa & Selamat
Genius Solihin memberikan perkhidmatan yang selesa untuk anak-anak kita dengan harga mampu milik. Kelas berhawa dingin dan pembelajaran ala-ala Universiti dengan guru-guru berkelulusan paling tinggi iaitu Master(Ijazah Sarjana).
Premis dilengkapi CCTV berteknologi tinggi bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.
Temui kampus Genius Solihin yang paling dekat dengan keluarga anda.
Pilih kampus untuk mendapatkan maklumat lokasi, waktu operasi, kemudahan serta cara membuat lawatan.
Alamat: 19-2, 1, Jalan Dataran Selayang, Dataran Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Alamat: Tadika Genius Solihin Maxim Citylights, 51000 Jln Sentul Pasar Kuala Lumpur.
Alamat: A-001, Ground Floor, Blok A, (DBKL), Mutiara Magna, Apartment, Metro Prima, Kepong Kuala Lumpur
Alamat: 19-2, 1, Jalan Dataran Selayang, Dataran Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Alamat: P-29-1, The Zizz Condo, Jalan PJU 10/1A, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya, Selangor
Alamat: KLTS, 89-1, Blok C, Jln Gombak, 53000, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Alamat: 19-2, 1, Jalan Dataran Selayang, Dataran Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Alamat:
Kepong Metropolitan Lake-garden, 52100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Saksikan Sendiri
Penafian : Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Hasil setiap pelajar adalah berbeza.