Siapa Kami

Latar Belakang Genius Solihin

SIAPA KAMI?

Pengenalan

Pendidikan awal yang membentuk masa depan.

Tadika Islamik No 1 pilihan ibubapa. Genius Solihin yang mula ditubuhkan secara RASMI pada 2017, menyerapkan pendidikan berteraskan Islamik dengan mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. Luar biasa, tamat sahaja 6 tahun di Genius Solihin, dengan izin Allah, anak anda pasti boleh mengenal huruf dan membaca buku cerita, sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kuasai kedua-duanya.

Mengenal huruf hijaiyyah dan boleh membaca ayat-ayat Al Quran selepas tamatnya Al Furqan. Aktiviti-aktiviti dalaman dan luaran seperti Hari Membaca, Parenting Day, Sambutan Hari Jadi, Rumah Terbuka Hari Raya, Sambutan Kemerdekaan, Lawatan Sambil Belajar, Perjumpaan bersama Ibubapa, Sukaneka Tahunan, Haji Cilik, Majlis Apresiasi dan banyak lagi.

TADIKA

ISLAMIK

ENGLISH

Pengasas Genius Solihin

Setiap anak berhak mendapat permulaan yang baik.

Pendidikan awal yang membentuk masa depan.

Ustaz Azrul yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana (Master) dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebelum ini bekerja sebagai seorang PENSYARAH sepenuh masa di sebuah kolej swasta dan separuh masa di UiTM Puncak Alam.

Namun begitu, beliau mengambil keputusan untuk berhenti mengajar secara sepenuh masa di kolej dan mengambil keputusan untuk membuka pusat didikannya sendiri, walaupun masih mempunyai tugasan mengajar di UiTM secara separuh masa.

Berdasarkan pengalaman 20 tahun yang diperolehi daripada kedua-dua ibubapanya Encik Akashah dan Puan Hayati, Ustaz Azrul belajar dan menuntut ilmu daripada kedua ibubapanya terlebih dahulu sebelum membuka tadika ini.

Selain daripada tadika di bawah kerajaan seperti Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, PASTI dan sebagainya, tadika-tadika swasta perlu ada kelebihan-kelebihan tersendiri.

 

Teruskan bersama Genius Solihin kerana kami Tadika Sunnah #1 pilihan ibubapa!

Ustaz Haji Mohd Azrul Hafizi bin Akashah

Misi & Visi Genius Solihin

Misi

Melahirkan anak-anak Muslim dengan Bijaksana dan Soleh yang Berpandukan Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan dengan menerapkan Islam serta Teknologi Moden untuk menguasai Membaca, Mengira, Menulis dan Menaakul dengan sempurna.

Visi

Memastikan setiap anak-anak yang tamat bersama tadika Genius Solihin depat menguasai Iman, Islam dan Akhlak serta dapat meneruskan kehidupan dengan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat dengan mengamalkan Surah, Doa-doa Harian dan Sunnah Rasulullah SAW.

Pencapaian kami

Belajar dengan bimbingan, kasih sayang dan pengalaman.

0
Jumlah Pelajar
0
Jumlah Kampus
0
Orang Guru Mengajar
0
Tahun Beroperasi

Apa Kelebihan Genius Solihin?

Tadika Genius Solihin mempunyai kelebihan-kelebihannya tersendiri. Selari dengan namanya yang bermaksud bijaksana dan soleh, tadika ini mensasarkan semua kanak-kanak yang mendaftar dengan tadika ini mestilah dapat menamatkan pelajaran di tadika dengan sekurang-kurangnya menghafal beberapa surah seperti surah pembuka iaitu Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An Nas dan Surah Al-Kauthar. Manakala adalah satu bonus sekiranya dapat menghafal surah-surah tambahan seperti Surah Al-Kafirun, Surah An-Nasr, Surah Al-Maun dan Ayatul Kursi.

Penekanan 4M dalam pembelajaran

Adakah hanya dengan menghafal surah dan doa sahaja TGS mendidik anak-anak di tadika? Jawapannya semestinya tidak, selain daripada menumpukan pendidikan ke arah akhirat, TGS juga menekankan formula 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.  Anak -anak wajib mengenal bunyi huruf terlebih dahulu.  Kaedah yang digunakan sejak 20 tahun pengalaman oleh Encik Akashah bin Ismail dan Puan Hayati binti Abd Manap ini, disambung oleh anak mereka.

Bagi Al- Quran pula, anak-anak diperkenalkan dengan Muqadam Marbawi yang dikarang oleh Ustaz Zuhdi, kerana Muqadam ini mempunyai huruf, sebutan huruf, dan ayat-ayat pendek serta surah-surah pendek yang memerlukan tempoh  yang berbaloi untuk anak-anak mengenal huruf secara tidak langsung boleh membaca Al-Quran.